Sunday, October 31, 2010

What The FARAH ?


HAHA , I think I just FOUND a neww tettt. Yeahh such a weird things for me in this condition yang tak menentu serabut and etc. But suddenly why my heart easilly give him space? Naah. I just like him . We're not couple okay and maybe it will be never and ever because aku kan nak pindahh -,- Btw he's lil bit crazy for sure HAHA but I'm more crazier than him :D For more , now aku happy sangat , teruja , gembira , excited , macam nak gila and memang lahh awwww ! heee. But in the same time , banyak lagi kena fikir and couple couple , more than friends is trully impossible for now. Lagipun aku masih mentahh kan? Mahu couple bia sampai kawen lol. Like me , I'm only fifteen guys . Sangaat sukar untuk pergi k tahap tuu. *sigh

But the true is I-Love-You Gilaa :)

Just SHHH !



Hey , Pssst ! 
" PLEASE HELP ME TO GET THIS STUFF !
I REALLY NEED IT NOW !
FOR WHAT?
HAHAHA LET GUESS WHAT?

_ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ 
                                                                             *IN MALAY

YEAH BUT I REALLY HOPE SOMEONE WILL ringan tangan TO GIVE THIS THINGS 
OR MAYBE AS MY LAST SPECIAL GIFT BEFORE I GO TO KEDAH (; 
HEHE 

HERE THERE ARE ,














OKAY , I'LL WAIT FOR IT GUYS . JUST SEND IT TO MY HOUSE OKAY.
BY THE WAYY ! 
shhhhh ! keep it as our best secret ever kayhh HAHA   " 
*laughh and laugh HAHA 

I LOVE YOU  very much readers     

Wednesday, October 27, 2010

Facts of life

Setiap orang ade personaliti yang sangat berbeza. Sepanjang hidupku, macam macam manusia yg telah aku temui. Ade yang pandai berkata kata, bersopan santun, suke bergosip, suka menjerit, kelaka, serious, menyakitkan hati, penyayang, sabar dan tenang daaan sebagainya :)

Tapi persahabatan dan kehidupan masih tetap diteruskan walau begini sebenarnya fitrah manusia. aneh jugakan? tapi itulah kenyataan . hehehe, betul ta? :)

but tugas kita hanyalah perlu mencorak kehidupan ini dan memperbaiki segala kesilapan sekeliling mahupun diri sendiri, keluarga dan sahabat handai supaya menjadi yang lebih baik dan berhati hati atas segala bentuk perjalanan hidup ini .

*Ilham datang ketika aku menyendiri :)


Loves
Friends-Family-Cousins-Neighbours
will never end 

Monday, October 25, 2010

Im starting weak ,

my mum said that after Hari Raya Haji, we will moving to kedah for the trully one . yeah, mase cepat berlalu kan. im so upset to leave Meru, my beloved friends, cousins and all my memories here :')

good bye all.

Thursday, October 21, 2010

Cinta Menurut Pandangan Islam

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.


Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.


Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. 


Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.


Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.


Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.


Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. 


Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:


1. Cinta kepada Allah


Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. 


Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)


2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´


Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. 


Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. 


Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam. 


Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)


3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. 


Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)


Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.


Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.


Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. 


Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.


Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.


by NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH
 


from link : http://yadim.org.my



Tuesday, October 19, 2010

Berjuanglah sahabatku

Sesungguhnya bukan mudah untuk orang semuda kau menempuh satu dugaan yg sangat besar ini . kami , kawan sekelas kau dari 3 Amanah , sangat berharap dan selalu berdoa kepada Illahi agar kau cepat sembuh dan terus melawan penyakit itu . Naqi , berjuang lah ! Aku percaya kau bule sembuh ! Jangan cuba putus asa. keluarga , saudara mara , sahabat tak pernah berhenti mendoakan kau. terutama ibu muu . Sayu aku lihat dea menceritakan tentang kau . Dea menangis , Naqi . Justeru , kuatkan lah diri kau untuk dia. Kami mohon .

Dulu aku juga pernah mengalami penyakit berbahaya mcm neh . Aku faham perasaan kau , aku faham Naqi tapi sesungguhnya ta de penyakit yang tiada ubat dan penyakit yg Allah berikan adalah penghapus dosa dosa kita yg lepas . Maka, teruskanlah berusaha menentang penyakit ini . We all trust you ,

MUHAMMAD NAQIUDDIN AZIZI

All my readers, please pray for our friend's health . he has leukemia . We all need your help to pray. May Allah bless you. thank you 

Wednesday, October 13, 2010

Oh God

Everything going quickly ,
PMR was passing me and all form 3 student in Malaysia ,
 Alhamdulillah 
but there will have something serious that i will through it hardly.
Ya Allah, kau kuat kan lah aku.


Amin