Monday, May 30, 2011

Rindu terhadap nyaa

Pada tarikh ini , 10 Oktober 2004 dan 15 January 2011 ialah tarikh keramat bagiku. Kehilangan dua orang insan yg paling aku sayangi. Kenangan bersama mereka susah tuk aku lupakan. wajah mereka , senyum tawa mereka dan usikan mereka .. sangat aku rindui (;

Arwah abangku , Firdaus



09 Oktober 2004 , Malam itu tinggal aku dan adik di rumah . Abah dah pergi temankan abg yg sdg terlantar di hospital. Abah pergi smbil meninggalkan pesan supaya jaga diri elok elok di rumah and jangan nakal nakal. Time tu aku baru ja berusia 9 tahun. Ibu dan abang Farhan pula sudah hampir sminggu di tanah suci tuk mengerjakan umrah pada waktu ituu dan aku pasti salah satu sbb ibu dan abg ziarah ke sana untuk mendoakan kesejahteraan abangku, Firdaus.

Keesokan pagi nya ,
Macam biasa , lepas bangun tidur terus teringat nak sarapan. Sambil sambil bukan peti sejuk , ternampak 'Twisties' . Then , teruslah tanya kat adik yg asyik tgk tv

"Faris , ni sape punya?"
"Emm mana faris tauu"
"betul ni bukan faris punya?"
"betul laa"

Aku terus batalkan niat tuk makan sbb ta tau tu sape punya. Malas lah nak makan sdgkan tu bukan hak kita. Then, aku yg tak puas hati terus call abah. Lama aku tunggu. Talian langsung ta dijawab. Lama... baru ada respon daripada abah.

"Assalamualaikum , abah. emm nak tanya..."

Aku terdiam dan rasa kurang senang kerana situasi dlm talian mmg membimbangkan. suara abah , kedengaran sgt lain, seakan akan sedang menangis.

"Hello , abah?" 

 langsung ta de jawapan. lalu , aku matikan panggilan.

Aku ketika tu yang ta senang duduk , langsung ta hiraukan apa yg dah aku dengar. Mungkin , telinga aku ja yg salah.Ta lama , aku tanya semula pada adikk ,

" Faris , betul betul laa. ni sape punya? Farah nak makan lahh"
"hm , haa tu faris punya. makan je laa"

Even mmg pelik dengan kenyataan tuu , aku malas nak yakinkan lg tu hak sapa. Terus , aku makan smbil pelawa dia

Sambil sambil aku makan and layan cerita yg ada di tv , aku teringat abah. Kenapa tadi abah nangis? Ada jadi ape ape k? Takkan ada something yg jadi kat abang? hmm sungguh , aku memang sangat risau tapi ta pula aku ceritakan pada adik. aku tak mahu kenyataan aku yg 'mengarut' , sampai kat adik. Tapi dalam diam aku decide nak call abah balik walaupun aku tahu , aku memang ta kuat dengan kenyataan yg kalau kalau buat aku susah nak terima. 

"Assalamualaikum... abah?"
Kedengaran pula suara yg agak ramai mmbaca ayat ayat al quran. Aku yang tak sanggup mendengar , terus letakk !

Ya ALLAH , hanya allah sahaja yg tau betapa risaunya aku pada waktu itu. Fikiran aku time tu jadi tak menentu. Macam macam aku fikir. Mula mula tadi , dengar abah menangis dan baru baru ni pula dengar orang mmbaca ayat ayat suci al-Quran. Apa semua tu?

Hati , fikiran aku dah tak jadi mcm org normal. tapi aku mmg ta cerita pada adik. aku diamkan diri ja.

Ketika jam sudah menunjukkan hari sudah separuh jalan , matahari pun sudah tegak di kepala. Aku di ruang tamu bersama adik , terlihat sepupu sepupu laki baya baya kami , datang ke rumah . Aku terus ke dapur. sebab apa? sebab hati aku kuat mengatakan ada sesuatu yang akan sampai kepada kami berdua yang mereka akan sampaikan.

Di dapur aku melihat dari jauh , adikku menyambut kedatangan mereka. Tapi di sambut dengan balasan hiba.

"Wey, masuklah. hehe. Ada apa datang tengah hari ni? Dah lah panas"
"Hm tak faris tapi sebelum tu aku nak tanya, kau dah tau belum? k kau ta tau pape ni?"
"ha? tau ape? aku dari tadi kat sini je lah. tengok tv"
"Ouh , ta da lah. Em sebenarnya , aku nak kau sabar tau."
"Kenapa ni?"
"Sebenarnya... ABANG FIRDAUS... DAH TA DE. Abang firdaus meninggal pagi tadi. kau bersabar kayh. Aku pun tak percaya semua ni leh jadi"

Hm sungguhkan? sangkaan ku memang betul tapi aku berpura pura ta dengar pape. Terus pergi kat mereka semua. Lalu aku tanya ,

" Hai . Bila korang semua datang ni? " sambil tersnyum.

adikku membalas , " Farah.. abang Firdaus dah ta daa... "

"ha , betul k? jangan main main laa. farah tau faris tipu kan?"

"tak... semua ni betul.."

Semua mengiyakan penyataan adikku. Pada masa tu , suasana terus jadi kelam. Semua menangis dan menangis. Kami semua ta dapat bayangkan yg arwah memang sudah meninggalkan kami semua... hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya hati kami tuk menerima takdirMu Ya Allah..


Arwah mnghmbuskan nafas terakhir disamping abah tersayang, pada pukul 10 pagi , tarikh 10 Oktober 2004 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah , Klang. Dalam masa tu , hanya abah saja yg dlm ahli keluarga kami tau cmna semua berlalu. Aku yakin , abah sangat sedih akan kehilangan arwah :( Arwah abg pergi disebabkan menghidapi penyakit TiBi , batuk kering yang aku juga mengalami penyakit tersebut selepas beberapa tahun pemergian arwah tapi alhamdulillah, aku selamat sembuh . Cuma tidak pada abg kerana Allah lebih menyayanginya. Kami sekeluarga betul betul rasa kehilangannya sebab arwah lah anak sulung dlm keluarga dan mnjadi abg kepada adik adik . 


Arwah Ammarina ,


Arwah ialah sahabat baik kepada adikku. Walaupun kami tiada apa apa hubungan kekeluargaan , tapi kehilangan arwah tetap kami rasai. Arwah pergi pada tarikh 15 January 2011. Sangat lah baruu . Apabila aku tau berita pemergian arwah , sgt sukar tuk aku berhentikan air mata daripada terus jatuh. Sungguh , aku sangat menyayanginya. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi dalam kesedihan aku juga,  lagi sedih untuk adikku menerimanya kerana dialah antara insan yang paling arwah sayang

Faris Khalifah
Ingat lagi , pada tarikh tsbut , first time tgk dia nangis.. I mean nangis yg paling teruk pernah aku tgkk . Aku dah nangis bgitu teruk , apatah lg diaa.


Kedua dua insan ini sangat aku cintai dan takkan aku lupa kerana saat manis dan sedih ketika bersama, saat hiba ketika mngetahui khabar pmrgian mereka sudah terpahat dlm ingtan. Jika ada masa terluang , akan ku lawat kedua kedua kubur mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh roh mereka dan tempatkan mereka dikalangan orang orang yg beriman . AL- FATIHAH


Sunday, May 29, 2011

Sekian lama

26052011 ialah last exam mid year kami semuaa kt astech. So today(27052011) bermulalah cuti sekolah penggal pertama. Happy gila rasanya. akhirnya terlepas juga dari 'penjara akademik' (; tapi sedih jugk sbb t da ta dpt dah nk jumpa kawan2. kena tggu 2 mnggu akan datang lah kan . hehe.

So disebabkan dah sekian lamanya ta balik rumah , masuk dapur pun dah jadi ta keruan. kalau tak kuali periuk  yang jatuh , guna pisau pun dah tak pandai. haha andd washing machine pun ta pandai tekan dah . ta tau dah nak tekan yg mana. hehehe. anak dara oh anak dara. bangun pagi pun sampaikan orang lain kena kejutkan bagai nak rakk :p

baru baru ni ada buat kek nestumm ! yummy ! ibu selalu buat sedapp. hehe. and hari tu ibu tambah buat kuih lapis tapi disebabkan anak daranya ni datang untuk 'menolong' mmg lah sangat mmbantu. -,- heeeee . sebabnyaaaaaaa

"Farah, tuanglah pewarna tu sikit" (ibu sambil hulur sudu untuk menyukat)
"okayy"

ini kuih lapis yg ibu penah bawak time lawat farah kt asrama . memang superb nice lah ! :-*

dengan keyakinan yg tinggi , aku pun tuang lahh. amek hg! sekali tuang mcm nak kasi penuh satu besen ouhh. haha. maaf ibuu ku <3 farah betul betul ta sengaja. dlm masa yg sama mmg ibu betul2 naik angin time tuu. huu -__-"
rasa kuih tu memang lah sedapp, tapi warna dia buat org ta lalu makan. ni semua farah khalidah punya pasal . hehehe :p

but insya-Allah after this semua akan kembali pulih. ahha mungkin sebab da lama sangat duk asrama. mcm ni lah jadinyaa. so doakan yg terbaikk kayhh (: