Saturday, December 31, 2011

Baby 2012



Oh Allah, Im really gratefull because I still have a chance to keep breathing in this new year. Dear 2012, I hope you'll give us a great life than 2011 that have been pass away :'/ And also 'Sijil Pelajaran Malaysia', please be a good examination ever. Please treat me well ok? then I'll love you more and more (; XOXO So , WELCOME 2012, BYE BYE 2011 <'3

Im become Meru-ian again



Hi Readers. Maaf admin lambat bagitau. Bukan tak nak, tapi berat nak post :/ Now I'll tell .My family and I jadi pindah Selangor semula setelah 'beribu' kali pikirr. Akhirnya keputusan sudah diambil dan kami jadi pindah.
Tanggal 28 haribulan saya sudah pun berada di Meru pada pukul 12.46 tengah hari (: Alhamdulillah perjalanan semua okay cuma barang banyakkk sangat kena bawa begitu juga dengan hati yang berat untuk dibawa balik ke Meru :( Farah sayang kawan kawan Farah dekat sana. Boyfie tambahan lagi. tapi apa boleh buat kan? Farah terima dengan redha. mungkin ada hikmah disebaliknya ... So Farah cuma nak highlightkan di sini.  
FARAH KHALIDAH SUDAH PINDAH KE RUMAH LAMANYA
 

SEKIAN :'3

Tuesday, December 20, 2011

#Hikmah di sebalik ujian Allah



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata uang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri. Allah uji dengan berbagai bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah berputus ada dalam kehidupan yang berbagai bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. tidak reda dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya. Mungkin ada sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan jauh lebih teruk dan lebih besar daripada kita.

Bukankah Allah telah berkata dengan jelas dalam al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-Nya, jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hamba-Nya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang  Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hamba-Nya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujian-Nya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Subhanallah, kuatkanlah kami..

Monday, December 19, 2011

Memories of 19 Disember 2011 ;)

Beberapa hari sebelum persekolahan untuk 2011 berakhir, Syahira or Eyra iaitu sahabat sekatil, sekamar , sekelas , sekumpulanku di asrama and sekolah (SMT Alor Setar), ada menjemput kami semua datang ke majlis perkahwinan mak cik nya , Rosmiah di Alor Setar. Dia kata wedding ni pertengahan bulan Disember . So mungkin susah sikit nak pergi. Tapi kami semua berlapan memang pakat pakat nak pergi sana dan niat semua memang sebab nak berjumpa dan berkumpul balik setelah sekian lama ta jumpa kan ( : hihi. At last , bila tiba  hari tersebut, kami semua bercalling calling and bertexting texting cakap pasal wedding ni. hihi.

Tapi keadaan bertukar suram, selepas dorang mulai tahu tahu tentang Farah nak pindah and Farah kata mungkin wedding ni pertemuan last dengan dorang semua and seriously dorang memang sebak sangat. Semua ta leh terima apa yang Farah cakapkan. First person Farah bagitau among GB, ialah Nabilah Ramli .

16-Dec-2011
GB Farah : Bella, hg pi lah wedding Eyra. Nak jumpa hg wat kali terakhir :(
GB Nabilah: Ntah tengoklah dulu. nape? nk pindah ka?
:
GB Nabilah: Lorh. kn kta suma da janji nk dok hstel ckali? ta yah lah pindah. mpa boleh balik rumah sape sape. bila mpa nak balik rumah mpa kat selangor, balik la. please :(
GB Farah: ....
GB Nabilah: Kami skrng kat cameron ni. baru cadang nk beli something untuk GB :(
GB Farah: ....
GB Nabilah: Pliz jangan pindah. Kami dh nangis kot. Ta sayang kat kami k?

...........



Time ni Farah nangis ja (; ta tau nak cakap apa lagi. Then diikuti dengan kawan kawan yang lain. Tapi Farah pesan kat dorang, kenalah datang wedding tu. nanti Farah cerita betul betul. Tapi akhirnya sayang, Lela and Hani ta dapat pegi (; its ok lah. Ada rezeki kita jumpa lagi. 

Petang tu Farah and family datang dulu. Ira and Syikin sambut kitorang . Time tu hanya Allah ja tau betapa rindunya Farah kat dorang dua . Farah happy sangat ( : Time kami sefamily makan, Deeja Syikin dukung. Nasib Deeja diam ja. hehe tapi lepas makan makan dan makan, tiba tiba Deeja, Syikin and Ira ta ada. Hilang tah ke mana tah. Then ibu suruh Farah cari Deeja sebab Ibu nak balik dah . Act Farah dah minta izin awal awal kat ibu yang Farah nak stay kejap kat situ sebab nak spend time ngan kawan kawan dulu : )

Bila Farah jalan jalan, cari Deeja, tiba tiba, What A Surprise! bila nampak Opie dari jauh. Deeja pula time tu ada dekat dekat situ juga dengan Ira. Hihi. Terus excited nak pergi situ. Then Farah ajak ibu pergi sana sambil abah and Faris pergi ambil kereta dulu. After a while, sampai ja kat situ. Lagi laaa ... Ya Allah! Jantung ni betul betul nak jatuh bila nampak Umaq kat sana ( ; ingat lagi message dia tengah hari tu..

"sorry ma , pa betul betul ta dapat pi rumah ira"


sebelum tu dia penah cakap tayar moto dia pecah. ta sempat nak repair lagi. Haih . Mula mula memang rasa dia main main tapi bila sampai sana tengok batang hidung dia langsung ta ada - - huhh tapi Alhamdulillah. Dia datang juga pada hari yang mungkin terakhir kalinya untuk kitorang berjumpa after Farah pindah Selangor balik. Betul juga cakap dia, bila lagi Farah nak datang sini. Farah bukan ada sedara mara kat sini but ta mustahilkan tuk Farah jumpa dan ziarah dorang semula kat sini? tak mustahil kan? (;

Ta lama lepas Opie, Wani, Bonzer (Ameer) and Umaq selesai makan kat majlis tu, datang pula seorang lagi sahabat baikku, Nabilah Ramli (: Dia datang ngn mak and adik dia. Btw she really looks nice at that time. hihi.

After semua dah selesai makan, kami pun berkumpul balik, kesemuanya. Kami snap snap gambar untuk kenangan bersama (; Memang happy. I mean sangat happy! tapi sayang, sekejap ja kami jumpa. Dalam 2 jam lebih? Dan mungkin ta dapat nak menampung perpisahan yang mengambil masa yang lebih dari 2 jam tu. Mungkin 2 bulan, 2 tahun... atau mungkin.. (; huh. Bila tibanya masa tuk kami berpisah tu lah bermula balik kesedihan.  Memang kaki ini berat melangkah untuk pulang.. tapi apakan daya Farah untuk berhenti kan? Masa tetap berjalan dan tidak pernah langsung bertukar niat untuk menunggu kita.

So ni lah gamba gamba kami (; Farah with GBies..

Ketika menyambut ketibaan Nabilah Ramli (:

Bergambar di atas katil pengantin 
Selepas selesai makan :)



And ni pula, gamba last with him. Hehe. Time perpisahan, jauh dalam hati dia pandang Farah, betul betul sebak sangat. Maaflah kalau ni pertemuan terakhir kita (;


Tapi tiada yang mustahil di dunia ni. Pada hari tu, memang semuanya berakhir dengan kesedihan tapi Farah betul betul berharap, one day kita semua akan berkumpul balik. Bersama macam dulu dulu . Insya-Allah. Tiada yang mustahil. Insya-Allah Ya Allah


Saturday, December 17, 2011

Life Laugh Love then Lost



Hi backSunshine .

Hmmmmmmmm semua pembaca sudah sedia maklumkan pasal perpindahan Farah dari satu negeri ke satu negeri atas urusan kerja abah Farah sebelum ni rite? (;
So here I've prepared you something to'eat'. Check it out ..



Dulu dulu sejak Farah lahir lagi memang Farah stay di negeri ni ,




Selangor

1995-2010







Selepas tu, after I've end my PMR, Farah pindah pula ke negeri ni,


 Kedah

20 November 2010 - Now


 

Kemudian satu hari digempar gempurkan dengan perpindahan ke negeri ni pula,





Pahang

Pekan, Pahang tapi canceled! (:









Dan sekarang?















































Selangor semula ?











































Abah ada kata kalau boleh nak pindah sana balik tapi tak confirm lagi. Walau macam mana pun, Abah memang nak pindah sana...





























" Kalau semua dah setuju, akhir tahun ni kita uruskan semua nya. Farah boleh sekolah dekat mana mana sekolah teknik kt sana. Kena uruskan akhir tahun ni juga. jangan tunggu tahun depan. nanti ganggu SPM "




hmm....





Until now, no one knows the answer :/




sedihkan hidup ni? Kesian kawan kawan Farah. Ramai yang menangis : (
KBYE. IF ADA KEPUTUSAN MUKTAMAD, SAYA AKAN INFORM
  much love.XOXO

Friday, December 16, 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum. Hi guys. Post kali ni saja nak share story bout this romantic and sad movie (: Saya tau awak tau tentang cerita ini !! haha. sorry excited sikit. 2 minggu pas Farah dah tengok cerita ini dengan adik Farah, Faris. Cuma berdua ja okay :) Kami amek pukul 9.15 malam and cerita ni selama 2 jam 6 minit. Tak rugi ouh . Hehe. Okay okay , lets start..

Ombak Rindu


Actually, I've watch this movie twicely okay ( : Firstly tgk 2 mnggu lepas and secondly tengok seminggu pastu dengan cuzies cuzies ku yang datang dari Shah Alam ke Sungai Petani ; tempat tinggal ku. Kami tengok dengan linangan air mata . Abang sedara Farah sampai nak pinjam tudung kakak sedara Farah untuk lap air mata dia tu. Haha . 

Okay, cerita ni memang superb best and really touched my heart and for your information , boys pun ramai nangis bila tengok cita ni. Tengok.. betapa hebatnya cerita ni sampai boleh wat semua orang tidak kira laki atau perempuan nangis. Kalau lelaki dah nangis, perempuan macam mana pula kan? meraung pa? bayangkanlah... Hihi.

Antara pelakon-pelakon Ombak Rindu ialah Maya Karin , Aaron Aziz , Lisa Surihani ,
Ini antara babak yang ada dalam movie ni ( :








Movie ni telah diadaptasi dari sebuah novel yang terlaris di Malaysia oleh Fauziah Ashari . Farah ta pernahlah baca novel ni sebelum ni tapi my bestfriend kata novel ni memang best . Farah pun pernah terbaca, ramai orang kata novel ni lagi menyengat dari Movie ( :  So ta salah Farah cuba usaha juga tengok movie ni dan ternyata memang langsung ta menyesal bila tengok movie ni. Memang best sangat. 5 bintang Farah bagi . hehe. 


Cerita ni memang membuat semua orang tersentuh bila tengok kegigihan Izzah ( Maya Karin) menempuh segala cabaran hidupnya. Lebih-lebih lagi sepanjang cerita ni dihiasi dengan soundtrack yang memang menusuk kalbu,  nyanyian Adira and Hafiz. Korang leh denga kat youtube! ta pun kat blog Farah ni pun korang leh denga (: best kan? hehe. Btw jangan risau. cerita ni memang Happy Ending bila Izzah bersatu balik bersama suaminya , Harith (Aaron Aziz). Disebabkan cerita ni terlalu bestlah Farah tengok dua kali ( : hihi.

Antara soundtrack Ombak Rindu ;

Adira & Hafiz- Ombak Rindu
Adira - Lara lagi
Hafiz - Untuk Kamu

So siapa yang ta tengok lagi pergilah tengok . Feel betul betul and fahamkan segala maksud yang tersirat dan ambil segala pengajaran yang ada (: Kepada yang ta sempat tengok lagi, nantikan lah CD dia pulaa (: senang cerita korang wajib tengok dengan macam mana cara sekalipun! hehe. Seriously ta rugi (: 

Kayhh. jumpa lagi semua . Terima kasih kerana membaca :*



Friday, December 2, 2011

Good changes was come from a good intention


It always seems imposible until it is done..
I mean when you done .


Im proud of them Ya Muhammad

Hayatilah cerita mereka


Uwais al-Qarni

Uwais al-Qarni adalah di kalangan tabi’in (hidup sezaman dengan Rasulullah SAW tetapi tidak sempat bertemu Baginda SAW ataupun hidup selepas kewafatan Rasulullah SAW, dan bertemu dengan para sahabat). Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa.
Uwais al Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut di dalam wasiat Baginda SAW yang disampaikan kepada saidina Umar al-Khattab dan saidina Ali KaramAllahu wajhah.
Baginda berpesan:
“Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Lalu saidina Umar dan saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah?" Nabi menjawab “Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah  agar Allah  ampunkan dosa-dosa kalian”.
Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu dengan Uwais al-Qarni. Jika dilihat dari pandangan orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu.. mari ikuti kisahnya bersama ibunya..

Kisah Uwais al-Qarni
Beliau mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata:
“Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Uwais mendapat satu ilham:

Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan mengatakan dia gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Pulang sahaja ke Yaman,

ibunya bertanya: “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”.
Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah  mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.
Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.
Uwais kata “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah  yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah , seperti saya tidak bersyukur dengan Allah  Ta’ala”.
Ibunya menambah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah  sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:
“Tolonglah Ya Allah  kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.
Maka, Allah  memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian lehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.
Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.
Apabila bertemu dengan Uwais al-Qarni, mereka berdua pun meminta Uwais mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka Uwais pun mendoakan mereka berdua.

Khubaib bin Adi

Khubaib bin Adi berasal dari Bani Aus. Ia diutus oleh Nabi Muhammad SAW untuk mengajarkan Islam dibawah pimpinan Ashim bin Tsabit, tapi mereka dihadang dan ditangkap. Atas perintah Ashim bin Tsabit, mereka diminta untuk melawan para penangkap mereka. Dalam pertempuran itu delapan orang tewas, kecuali Khubaib bin Adi dan Zaid bin Datsanah.
Kemudian Khubaib bin Adi di bawa ke Mekkah untuk diserahkan kepada suku Quraisy sebagai pembalasan atas kekalahan di pertempuran Badar. Oleh suku Quraisy, Khubaib bin Adi akan dihukum mati.
Sebelum menjalankan hukuman mati, Khubaib bin Adi meminta untuk dapat salat dua rakaat. Lalu, Khubaib berkata, "Seandainya bukan, karena dikira takut mati, maka Aku akan menambah jumlah rakaat."
Suku Quraisy bertanya kepada Khubaib bin Adi, "Bagaimana jika Nabi Muhammad menggantikan posisimu?" Khubaib menjawab, "Demi Allah, Aku tidak rela bila Aku dalam keadaan sehat bersama keluargaku, sedangkan Nabi Muhammad tertusuk duri." Setelah itu Khubaib bin Adi akhirnya dihukum mati oleh suku Quraisy.



Subhanallah . Di manakah tempat kita di sisi Rasulullah , di manakah kita di sisi Sang pencipta jika dibandingkan dengan dua orang sahabat Rasulullah ini?Dan ini baru hanya 2 orang , belum dibandingkan dengan berpuluh puluh sahabat yang lain..
Renungkanlah (;

Thursday, December 1, 2011

New winky !





Okay , for sure Im really really new in Twitter.
Who knows now I've join this group of
'lil blue tweets' ? hihi

So follow me ;
FKhalidah
 :)

btw thanks and nice to meet you, Sisters and Brothers !


#muchofloves


Missing

07 January 1993

Where are you?
Where have you been?