Friday, January 20, 2012




Bila subuh datang menjelma
Burung-burung terbang menghiasi hening pagi
Dan tibalah masa utk aku menerima
Segala apa yang telah terpatri oleh Illahi

KEBAHAGIAAN, harus kita cari.. bukan kita menunggu untuk dicari
Dengan hanya menunggu.. menjadikan kita seorang yang kurang cerdik.
Persis kata mutiara, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba..
Sedarlah..
Masakan bulan dapat diriba , sedangkan cahayanya sendiri sukar untuk didekati

KEKASIH, bukan kesedihan yang kita mahukan dalam sesuatu hubungan,
tetapi kebahagiaan.. seperti yang selalu kita impi..

dan kini.. semua sudah berlainan
DIKAU, tak mungkin kembali.
Itulah apa yang telah dijanji..
Mungkin silapku kerana ikut kata hati..
Tapi ini untuk mu..
Kerana air mata yang telah dialirkan bukan erti kegembiraan
Tapi tanda keperitan.. keperitan yang aku sendiri binakan (;
Maafkan aku lagi sekali untuk yang kali terakhir sebagai seorang kekasih <3


Sincerely for you.
200112

No comments:

Post a Comment