Hey guys!
Sempena Hari Ibu, taman Farah ada masuk pertandingan buat essay about ibu masing masing. Farah ambil tak kesah ja sebab malas nak join tapi my mum galakkan sangat orang masuk! :3 So I have to do it. Start tonite, Insya-Allah I will make the essay. For you ibu <3
p/s tapi janganlah comment pelik pelik kayh. huhu
Here there are.. :)
Setiap insan di seluruh pelusuk dunia ini mempunyai
bonda tercinta. Ada yang memanggil insan istimewa itu ‘ummi’, ‘ibu’, ‘mak’,
‘mummy’, ‘mama’ dan sebagainya. Tidak lengkap rasanya hidup ini jika tiada
mereka di dunia. Mungkin juga ada segelintir berasa separuh mati jika
kehilangan insan ini di sisi seperti telah meninggal dunia atau hilang entah ke
mana. Sehinggakan ada yang mengatakan bahawa perkara paling teruk dalam hidup
ialah kehilangan insan yang bergelar bonda ini. Hal ini kerana merekalah yang mengandungkan,
melahirkan, menyusukan, membesarkan dan mendidik sejak lahir hingga dewasa.
Oleh itu, banyak hal-hal tentang ibu banyak disiarkan di surat khabar, kaca tv,
di papan iklan dan di internet lebih-lebih lagi apabila menjelang Hari Ibu yang
di sambut sekali setahun pada bulan Mei. Hal ini kerana ia menjadi satu
inisiatif penting untuk menunjukkan kepada umum bahawasanya golongan hawa ini
sangat berharga, penting dan harus disanjung.
Tepat jam 4.00
petang aku dilahirkan di Klinik Sheela, Klang pada 6 April 1995 oleh ibu
tercinta, Hamidah Mohd Jamil. Pada ketika itu, ibu baru berumur 29 tahun
manakala abah pula berumur 34 tahun. Namaku telah diberikan oleh ayah tersayang
iaitu Farah Khalidah yang bermaksud Kegirangan Yang Kekal. Dulu aku tertanya-tanya,
siapakah yang menamakan diriku? Aku pernah bertanya pada ibu, “Ibu, siapa yang
bagi nama Farah?” Ibu menjawab, “Abahlah” jawabnya ringkas. Selepas itu, baru
aku tahu, bukan namaku sahaja yang telah diberikan oleh abah malah nama
adik-beradik yang lain juga begitu. Hal ini kerana bagi ibu, nama anak-anak
lebih baik seakan-akan nama ayah. Mungkin dengan cara ini, baru jelas
menunjukkan kami anak ibu dan abah. Contohnya, nama abah ialah Fazli dan ibu
ialah Hamidah manakala nama adik-beradikku ialah Farhan, Farah, Faris dan
Faiqah. Semuanya bermula dengan abjad yang sama seperti nama abah iaitu huruf
F. Selain seakan-akan, nama-nama ini juga Nampak ‘smart’ dan ‘style’ kerana ada
persamaan antara kami semua. Di samping itu, mengikut pandangan Ustaz Azhar Idrus
di laman Twitternya, hak menamakan anak-anak memang ada pada seorang ayah atau
datuk dan hal ini mungkin dipraktikkan oleh ibu sepanjang dia bergelar seorang permaisuri dalam keluarga.
Cerita tentang
ibuku, beliau kadang-kala seorang yang tegas dan kadang-kala seorang yang lucu.
Kedua-dua ciri ini memang berbeza bagai langit dan bumi tetapi inilah
kenyataannya. Contoh peristiwa bagi karakter tegas ialah apabila beliau
mendidik anak-anak. Apabila kami leka dengan waktu solah, dia akan menjerit dan
memarahi kami semua. Begitu juga apabila kami bangun lewat daripada tidur. Jika
bangun lewat, sudah semestinya kami akan terlewat membuat kerja rumah. Jika
kami membuat kerja rimah dengan tidak sempurna juga akan membuat ibu marah dan
mengamuk. Selain itu, ibu akan kelihatan amat tegas apabila diantara kami
pulang lewat ke rumah. Selalunya, abah dan ibu memberikan masa sehingga sebelum
maghrib sahaja. Jika kami melepasi had masa yang telah diberikan, pasti kami
akan dimarahi dan akan dihukum seperti tidak boleh lagi keluar dari rumah dan
sebagainya. Melakukan aktiviti yang tidak bermoral juga tidak menjadi minat ibu
kerana kerana ibu bukanlah seorang bonda yang memberikan kebebasan yang
keterlaluan kepada anak-anak atau erti kata lain ‘supporting’ dan aku menjangka
bahawa ibu memegang pada prinsip, niat tidak menghalalkan cara. Jadi, sebab
itulah ibu tidak suka jika kami bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan
walaupun kami hanya mahu berkawan tetapi tetap ada batasnya. Sebenarnya, ramai
kawan-kawan tidak menyangka akan sikap garang ibu kerana melihat dari sudut
luaran ibu, ibu kelihatan seorang yang ceria dan peramah tapi anak-anaknya jauh
lebih mengetahui akan sikap ibu yang sebenar. Walaubagaimanapun, aku suka akan
sikap tegas ibu. Hal ini kerana itulah salah satu inisiatif yang tepat untuk
mendidik anak-anak agar menjadi anak yang berguna dan berbudi pada mereka
kelak.
Contoh peristiwa
bagi karakter lucu pula ialah apabila ibu menonton perlawanan bola sepak di
kaca tv. Ibu seolah-olah berada di stadium bola sepak yang dipenuhi dengan
penonton yang bersorak dengan megah dan semangatnya! Hal ini kerana ibu akan melompat
dan menjerit sekuat-kuatnya lebih-lebih lagi apabila bola hendak dijaringkan.
Suara ibu yang agak nyaring sudah semestinya akan mengejutkan kami semua
termasuklah aku yang berada di tingkat atas yang selalunya tidak akan menyertai
mereka yang lain untuk menyaksikan perlawanan tersebut kerana tidak berminat.
Pernah satu ketika dahulu, ibu sedang menyaksikan rancangan reality, Mania di
ruang tamu manakala aku sedang melayari internet di tingkat atas dan abah pula
sedang menonton perlawanan bola sepak antara Jerman dan Portugal. Tiba-tiba,
ibu menjerit, menjerit dan menjerit.
Pada ketika itu, abah berasa amat geram kerana suara ibu amat mengganggu fokus abah
untuk terus menonton. Aku hanya mampu ketawa melihat kerenah dua insan yang aku
amat sayang ini.
Namun begitu, langit tidak
selalunya cerah bukan? Ibu bukan selalunya kuat dan berkeadaan baik setiap
masa. Kadang-kala ibu akan menangis seakan-akan tidak berdaya untuk melalui
hidup ini. Ibu sering menitiskan air matanya apabila ibu berasa susah hati
contohnya ketika kami adik-beradik mendapat keputusan teruk dan ketika
mengalami masalah keluarga yang lain. Ibu pernah menelefonku ketika aku berada
di asrama. Setelah selesai menanya khabarku, ibu tiba-tiba menangis dan ingin
mengadu sesuatu. Ketika itu baru aku tahu ibu ada masalah. Pada masa yang sama,
aku sedaya upaya cuba untuk kuat dan tabah mendengar segalanya tetapi aku
tewas. Akhirnya, aku turut menangis tapi segera mengawal suaraku agar ibu tidak
akan mengesyaki apa-apa. Anak mana yang tidak sedih apabila mendengar suara ibu
yang teresak-esak menangis? Anak mana yang sanggup mendengar ibu menanggung
kesusahan menguruskan rumah seorang diri tanpa ada yang mahu menolong malah
lebih membebankan dirinya? Setelah mematikan telefon, aku menangis di bahu
kawan. Mereka hanya mampu memujuk dan menyuruhku bersabar. Sebenarnya, dalam
masa yang sama aku turut merindukan ibu kerana sudah lama tidak bersua muka. Mahu
sahaja pulang dan terus mendakap ibu lebih-lebih lagi apabila mengetahui ibu
ada masalah. Oleh sebab itu. Aku tekad mahu belajar bersungguh-sungguh. Aku
mahu mengubat luka ibu dan aku mahu menggembirakannya buat kali keduanya dengan
mencuba untuk mendapat keputusan yang sangat baik dalam Sijil Pelajaran
Malaysia yang akan aku duduki tidak lama lagi. Hal ini kerana ibu mahu aku
masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan aku akan usahakannya demi
ibu.
Ibu.. siapakah yang
boleh hidup tanpanya? Jika soalan ini ditanyakan kepadaku, pasti jawapannya aku
tidak mampu sama sekali. Perit, pedih, sedih, takut, sunyi dan sakit itulah gambaran
yang boleh aku berikan dan sudah semestinya aku takut untuk menunggu dan
melalui saat itu. Aku lebih rela pergi dahulu sebelum ibu kerana tidak rela
untuk meniti hari-hari terakhirnya. Hal ini kerana aku hanya sayang dia dan
hanya dia bonda yang aku ada di dunia yang fana ini. Oleh itu, aku bertekad
untuk menjaga dan membalas budi baiknya. Aku ingin menyaranya dan tinggal
bersamanya beberapa tahun sebelum aku mendirikan rumah tangga. Hal ini kerana aku
mahu merasai sendiri bagaimana rasa menanggung kedua-dua orang tuaku dengan
hasil titik peluhku sendiri yang bermula dari mereka berdua walaupun aku tahu
aku tidak akan pernah berjaya membalas jasa mereka sepanjang mereka
membesarkanku daripada kecil hingga sekarang tetapi sekurang-kurangnya aku
mampi membuat mereka bahagia kelak dan mengetahui bahawasanya aku amat
mencintai mereka berdua khususnya ibuku yang teristimewa, Hamidah Mohd Jamil :)