Wednesday, June 8, 2011

Pada suatu hari ,

Terdapat sepasang suami isteri bernama ,


Fazli dan Hamidah

Mereka bernikah pada 20 November tahun 1993 :) sehingga kini kasih mereka masih mekar dan memiliki rumah tangga yang sangat bahagia dengan dikurniakan 4 cahaya mata yang comel comel belaka :p

Pada tarikh 6 April 1995 , pasangan romantis ini dikurniakan seorang puteri yang agak comel pada ketika itu ! haha. Nama Farah Khalidah diberikan oleh ayahandanya yang bermaksud Kegirangan yang kekal . Tetapi ketika puteri itu sudah besar , barulah diceritakan tentang kelahirannya .

Sebenarnya , ketika dia masih dalam kandungan , sang ibu sering terlihat kartun Looney Tunes Tweety and Sylvester di kaca televisyen. Tau saja lah betapa nakalnya Tweety yang bijak saja menyakat semula Sylvester . Ibu sangat geram dan geram sangat with that little cute yellow bird . Tak percaya? Lets watch this video :)





Haha betul kan? Ketika itu ibu selalu menyumpah menyumpah juga . Orang tua tua kata kalau mengandung jangan kata macam macam tentang sesuatu yang tidak disukai ataupun melihat sesuatu yang jelik jelik takut terkena saja pada bayi yang dikandungkan.

Ketika tiba masanya bayi perempuan itu dilahirkan, hee mungkin juga itu menjadi kesan dengan apa yg ibu katakan , bayi tersebut ada mirip mirip dengan burung comel itu. Farah dan ibundanya hanya tergelak saja apabila berkongsi cerita tersebut. Disebabkan fenomena ini , pada ulangtahun kelahiran Farah yang ke-16 , ibu telah membelikan ini ,

Getah rambut Tweety 

Ni semua sebab mahu mengimbau kembali kisah unik itu . Haha looks cute rite ? :)

Farah juga sebenarnya memiliki adik beradik yang lain. Diikuti dengan 2 orang abangnya yang sangat segak     termasuk arwah yang pernah aku ceritakan dahulu , dan 2 orang adik yang comel. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Hah ! Sebelum terlupa , mau tengok bagaimana rupa Farah pada waktu kecil ? Silakan lihat picture di bawah ini :)





But actually guys , sang ayah pernah berkata , bila tengok tengok balik ada juga mirip dengan adik bongsunya yang baru sahaja lahir pada awal tahun 2010 , Faiqah Khadeeja.



I mean just a little bit. hehe. Lagi lagi dah siblings , ta leh nak kata apa :) tapi dah besar , lain juga rupanya.

Dah tau serba sikit tentang kisah mereka kan ? So for the exclusive one , inilah keluarga besar mereka :)

Gambar ketika menyambut hari raya aidilfitri di rumah nenek .
Dari kiri - Abah , ibu , Abang Farhan , Farah Khalidah , adik Faris Khalifah dan adik Faiqah Khadeeja :)


Ketika di Giant Shah Alam . 
"sempat lagi kami berposing kan " hehe. itu lah keluargaku (:

Ketika di Empangan Tasoh , Perlis



tetapi..


Sampai ke akhirnya , 

merekalah keluargaku , 

merekalah nyawaku , 

merekalah hidup ku.. 

Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kami ,
kekalkan kasih sayang kami dan keharmonian keluarga ini hingga ke akhirnya.
 Amin Ya Rabbal A'lamin


Selamanya ^^

 
TAMAT

3 comments:

  1. Alolo, comelnya Fara masa kecik. Memang sama lah gambar first Fara tu dengan gambar Faiqah Khadeeja. Sweet <3

    ReplyDelete
  2. Hehe ada lah sikit sikit. thanks tauuu cha <3

    ReplyDelete
  3. i love you dear. thanks for the nice entry sayang .

    ReplyDelete