Saturday, October 13, 2012

Dena Bahrin

AsSalamualaikum semua :) Today I feel calmer than before. You know why? This morning, I searched for one blog owns by one awesome woman, Diyanah Kamarul Bahrin or usually was called Dena Bahrin after my girlfriend, Syafiqah Saril (Ika) told me about her last week. I excited to look for it. When I found it, it made me felt "waaahh" . hehe. Im sure, there are many people out there know about Dena Bahrin and also adore her very much.

Actually, since I was fifteen, I really wanted to wear a hijab that the muslimah should wear. What I mean is a labuh hijab but until now, I can't do for it. I don't know why. Maybe, I'm afraid to see the transformation of myself and also I don't want to see the shock reaction of the people around me.. or the best words is Im not confident . So that, after I 'found' her, she reminded me for my intention. Dena Bahrin's picture 'told' me to proceed the intention and my heart said, maybe next year, sister. InsyaAllah. Guys please pray for me ;D



This is her, Dena Bahrin.
She is very sweet and nice rite? :)
Dena Bahrin is only 20 but she was already married last year. Such a surprise for me but that was the fact . She is really cute and good on covering her aurat with wearing the tudung bawal which is be her favourite hijab. 



Jyeah, look at her dress up. Is it nice ? :) She covers her aurat beautifully from her head until her feet but who expect that she is a wife of Soffian, a man whom she really hate before because she didnt know him well.  The marriage was arranged by her family. At the first time she rejected him but he didn't give up until she agreed and this is how he purposed Dena Bahrin.




Hehe. How sweet rite? I wonder how is my future husband will act to purpose me one day. HAHA. Forget about it. Dena Bahrin was really lucky to have unexpected life like this. Refering to one hadith;

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.

(An Nuur : 26)



And now she got like Allah said; a nice and good husband like she did :)










Happy for you, sister :) Thank you for being 'yourself' . May Allah bless you and your husband.


 

p/s

If you want to know more about this wonderful woman, lets visit this website, http://denakamarulbahrin.blogspot.com/ :)



Friday, September 28, 2012

Counting the day


S P M

37 days left..

So pray for me guys :)

Those are subjects that I take;

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Agama Islam
Sejarah
Modern Mathematics
Additional Mathematics
Civil Engineering Studies
Pysics
Chemistry
Engineering Drawing


For my trial, I got 1A 3A- 2B 2C and 2D
So I really hope that I will get much better than these in my SPM :)
Amin. 
Awak boleh Farah ! :D

Wednesday, August 22, 2012

Fight and kiss



Sijil Pelajaran Malaysia 

Next week on 28 August 2012 is my Trial of SPM

And on 05 November 2012 is The Real SPM

Doakanlah sahabat ini, Farah Khalidah bt Fazli berjaya mencapai keputusan yang sangat baik seperti yang dihajati selama ini. 
Ya Allah, hamba-Mu ini tidak terlalu mengharapkan keputusan straight A's tetapi asalkan keputusan yang akan aku dapati dapat menggembirakan hati kedua ibu bapaku dan memadai untuk aku menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa :') Murahkanlah rezekiku Ya Allah dan berikanlah aku kekuatan fizikal && mental dalam mengharungi perjuangan ini. Amin Ya Rabbal A'lamin.

What can I say? Iloveyou



Dear my Bruno Mars (wannabe ) ,
I want to marry you,
I'd definitely catch a grenade for you,
You don't have to be a billlionaire,
Because I love you just the way you are :)


You are the loveliest





ku disini
mengalunkan rindu yang resah
aku disini
memuja bayangmu
setiap detik
degup nadiku hanya untukmu
cinta membara
jiwa gelora
kau yang terindah
didalam hidupku
hanya cintamu
mekar selamanya
tak inginku lagi mencintai yang lain
kau telah mengikatku selamanya
ku disini
menantikan janji yang hilang
aku disini menghitung harapan
setiap detik tiap nafasku ada cintamu
bagai semalam semuanya hilang 
bagai semalam semuanya hilang

You're my loveliest. Thats all I can said about you 


Wednesday, August 15, 2012

Unexpected moment




1.4 girls
2. Laugh
3. Called 1 boy and confirmed
4. Suddenly, 2 boys wanted to join
5. The girls said "okay"
6. At 7.35pm, they had a fast breaking at the queue of ktm tickets
7. We sat on the floor and ate Dunkin Donates :)
8. After the couch came, one funny incident happend 
9. Laugh again and again
10. At last, had a photograph and we smiled :)

The end

Aspurian Golden Moment :)


Sahabat,
sahabat,

sahabat..

Sahabat.. banyak takrifnya
Sahabat.. ada yang baik hati, penyayang dan suka mengambil berat.
namun, 

ada juga yang sering kurang menyenangkan kita
tetapi,
pernahkah anda berfikir?
 Seburuk-buruk mana seseorang itu, dia masih mempunyai sahabat?
Bagiku, sahabat ialah seseorang yang sanggup berjaga malam untuk menyambut ulangtahun kelahiran sahabatnya walaupun 3 orang sekali serentak..
Sahabat juga mungkin seorang yang sanggup pergi ke rumah warden pada waktu malam untuk memberitahu warden bahawasanya sahabatnya sedang sakit teruk di dorm..
atau, sahabat mungkin seorang yang tidak suka berahsia dan tidak segan untuk mengalirkan air mata untuk meluahkan masalah yang sudah lama terpendam di dalam hati.
dan sahabat seorang yang mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga dan bukan untuk disakiti seperti di dewan makan petang tadi.. (;

Dengarlah...
(lagu Sahabat)



Hi readers (; I wonder you'll feel weird when read those poem above. Then, I'll explain :) Actually last month, we, aspurian of Teknik Kuala Selangor had a Golden Moment. It was seems like a Prom nite in a Malay-Muslim style :) On that nite, I perfomed songs which were Sahabat by Najwa Latif and Ombak Rindu. But, before I sang, I perfomed one poem that was written by me which was special for my bestfriend. The objective is I wanted them to know how big was my love to them and it was proven :)



Gambar ni time Farah tunggu giliran untuk buat persembahan

At the end of my perfomance, suddenly I saw my gangs were stand up from their chairs and walked to the stage where I was standing. I stopped from singing then cried. 

When they reached , they hug and kiss me and I saw they cried.






                                   Hehe. Unexpected scenes rite? Seriously it was like a drama.



After that moment, our relationship are getting stronger. Dear Allah, I wish they will stick with me until Im getting older soon. This 2012 is my last year . Im SPM candidate now . I really hope there is something good that can make me proud to be Kustechian

Past



20 Januari 2012, tarikh keramat bagi saya, Farah Khalidah (; pada tarikh inilah berakhir segalanya. Farah ta sangka sekarang dah nak masuk 7 bulan kami berpisah. Dulu segalanya manis dan happy tapi siapa sangka semuanya dah berakhir? Walaupun manis tapi ada peritnya and that's why I ended that relay.

After breakup, everything changed. Kami bersedih tapi terpaksa. Masing2 ta leh terima kenyataan tapi tetap terpaksa. Kami berjauhan . Dia Kedah dan saya Selangor. Both of us try acting like friends, normal friends but we cant actually :') Until one day, we cried and cried . But alhamdulillah, time still moving. Now, after 7 months, anything happend. He had a new sweetheart and I love to see them happy eventhough sometimes there is one bad feeling in my heart but I didn't mind it. That was a normal feeling that usually will happen to all persons who had loved someone in their life and now, I got it :)

For you and yours, hope everlasting :) From now on, there is nothing between us. I wrote all of this are just because surrounding remind me about the past. Nothing more.

So, have a good day dear past

Saturday, July 14, 2012

:)


Assalamualaikum pembuka bicara :)

Hi sahabat. Maafkan saya kerana dah lama ta update. So hari ni saya nak mulakan dengan beberapa entries tapi maaf andai ta banyak sebab kejap lagi nak balik hostel . Okay, lets enjoy my newly entry !
(ayuh ke atas ^)




Tuesday, May 29, 2012

Essay ?


Hey guys!

Sempena Hari Ibu, taman Farah ada masuk pertandingan buat essay about ibu masing masing. Farah ambil tak kesah ja sebab malas nak join tapi my mum galakkan sangat orang masuk! :3 So I have to do it. Start tonite, Insya-Allah I will make the essay. For you ibu <3

p/s tapi janganlah comment pelik pelik kayh. huhu

Here there are.. :)


                  Ibuku Istimewa

Setiap insan di seluruh pelusuk dunia ini mempunyai bonda tercinta. Ada yang memanggil insan istimewa itu ‘ummi’, ‘ibu’, ‘mak’, ‘mummy’, ‘mama’ dan sebagainya. Tidak lengkap rasanya hidup ini jika tiada mereka di dunia. Mungkin juga ada segelintir berasa separuh mati jika kehilangan insan ini di sisi seperti telah meninggal dunia atau hilang entah ke mana. Sehinggakan ada yang mengatakan bahawa perkara paling teruk dalam hidup ialah kehilangan insan yang bergelar bonda ini. Hal ini kerana merekalah yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan dan mendidik sejak lahir hingga dewasa. Oleh itu, banyak hal-hal tentang ibu banyak disiarkan di surat khabar, kaca tv, di papan iklan dan di internet lebih-lebih lagi apabila menjelang Hari Ibu yang di sambut sekali setahun pada bulan Mei. Hal ini kerana ia menjadi satu inisiatif penting untuk menunjukkan kepada umum bahawasanya golongan hawa ini sangat berharga, penting dan harus disanjung.

                     Tepat jam 4.00 petang aku dilahirkan di Klinik Sheela, Klang pada 6 April 1995 oleh ibu tercinta, Hamidah Mohd Jamil. Pada ketika itu, ibu baru berumur 29 tahun manakala abah pula berumur 34 tahun. Namaku telah diberikan oleh ayah tersayang iaitu Farah Khalidah yang bermaksud Kegirangan Yang Kekal. Dulu aku tertanya-tanya, siapakah yang menamakan diriku? Aku pernah bertanya pada ibu, “Ibu, siapa yang bagi nama Farah?” Ibu menjawab, “Abahlah” jawabnya ringkas. Selepas itu, baru aku tahu, bukan namaku sahaja yang telah diberikan oleh abah malah nama adik-beradik yang lain juga begitu. Hal ini kerana bagi ibu, nama anak-anak lebih baik seakan-akan nama ayah. Mungkin dengan cara ini, baru jelas menunjukkan kami anak ibu dan abah. Contohnya, nama abah ialah Fazli dan ibu ialah Hamidah manakala nama adik-beradikku ialah Farhan, Farah, Faris dan Faiqah. Semuanya bermula dengan abjad yang sama seperti nama abah iaitu huruf F. Selain seakan-akan, nama-nama ini juga Nampak ‘smart’ dan ‘style’ kerana ada persamaan antara kami semua. Di samping itu, mengikut pandangan Ustaz Azhar Idrus di laman Twitternya, hak menamakan anak-anak memang ada pada seorang ayah atau datuk dan hal ini mungkin dipraktikkan oleh ibu sepanjang dia bergelar  seorang permaisuri dalam keluarga.

                     Cerita tentang ibuku, beliau kadang-kala seorang yang tegas dan kadang-kala seorang yang lucu. Kedua-dua ciri ini memang berbeza bagai langit dan bumi tetapi inilah kenyataannya. Contoh peristiwa bagi karakter tegas ialah apabila beliau mendidik anak-anak. Apabila kami leka dengan waktu solah, dia akan menjerit dan memarahi kami semua. Begitu juga apabila kami bangun lewat daripada tidur. Jika bangun lewat, sudah semestinya kami akan terlewat membuat kerja rumah. Jika kami membuat kerja rimah dengan tidak sempurna juga akan membuat ibu marah dan mengamuk. Selain itu, ibu akan kelihatan amat tegas apabila diantara kami pulang lewat ke rumah. Selalunya, abah dan ibu memberikan masa sehingga sebelum maghrib sahaja. Jika kami melepasi had masa yang telah diberikan, pasti kami akan dimarahi dan akan dihukum seperti tidak boleh lagi keluar dari rumah dan sebagainya. Melakukan aktiviti yang tidak bermoral juga tidak menjadi minat ibu kerana kerana ibu bukanlah seorang bonda yang memberikan kebebasan yang keterlaluan kepada anak-anak atau erti kata lain ‘supporting’ dan aku menjangka bahawa ibu memegang pada prinsip, niat tidak menghalalkan cara. Jadi, sebab itulah ibu tidak suka jika kami bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan walaupun kami hanya mahu berkawan tetapi tetap ada batasnya. Sebenarnya, ramai kawan-kawan tidak menyangka akan sikap garang ibu kerana melihat dari sudut luaran ibu, ibu kelihatan seorang yang ceria dan peramah tapi anak-anaknya jauh lebih mengetahui akan sikap ibu yang sebenar. Walaubagaimanapun, aku suka akan sikap tegas ibu. Hal ini kerana itulah salah satu inisiatif yang tepat untuk mendidik anak-anak agar menjadi anak yang berguna dan berbudi pada mereka kelak.

                     Contoh peristiwa bagi karakter lucu pula ialah apabila ibu menonton perlawanan bola sepak di kaca tv. Ibu seolah-olah berada di stadium bola sepak yang dipenuhi dengan penonton yang bersorak dengan megah dan semangatnya! Hal ini kerana ibu akan melompat dan menjerit sekuat-kuatnya lebih-lebih lagi apabila bola hendak dijaringkan. Suara ibu yang agak nyaring sudah semestinya akan mengejutkan kami semua termasuklah aku yang berada di tingkat atas yang selalunya tidak akan menyertai mereka yang lain untuk menyaksikan perlawanan tersebut kerana tidak berminat. Pernah satu ketika dahulu, ibu sedang menyaksikan rancangan reality, Mania di ruang tamu manakala aku sedang melayari internet di tingkat atas dan abah pula sedang menonton perlawanan bola sepak antara Jerman dan Portugal. Tiba-tiba, ibu menjerit, menjerit  dan menjerit. Pada ketika itu, abah berasa amat geram kerana suara ibu amat mengganggu fokus abah untuk terus menonton. Aku hanya mampu ketawa melihat kerenah dua insan yang aku amat sayang ini.

                     Namun begitu, langit tidak selalunya cerah bukan? Ibu bukan selalunya kuat dan berkeadaan baik setiap masa. Kadang-kala ibu akan menangis seakan-akan tidak berdaya untuk melalui hidup ini. Ibu sering menitiskan air matanya apabila ibu berasa susah hati contohnya ketika kami adik-beradik mendapat keputusan teruk dan ketika mengalami masalah keluarga yang lain. Ibu pernah menelefonku ketika aku berada di asrama. Setelah selesai menanya khabarku, ibu tiba-tiba menangis dan ingin mengadu sesuatu. Ketika itu baru aku tahu ibu ada masalah. Pada masa yang sama, aku sedaya upaya cuba untuk kuat dan tabah mendengar segalanya tetapi aku tewas. Akhirnya, aku turut menangis tapi segera mengawal suaraku agar ibu tidak akan mengesyaki apa-apa. Anak mana yang tidak sedih apabila mendengar suara ibu yang teresak-esak menangis? Anak mana yang sanggup mendengar ibu menanggung kesusahan menguruskan rumah seorang diri tanpa ada yang mahu menolong malah lebih membebankan dirinya? Setelah mematikan telefon, aku menangis di bahu kawan. Mereka hanya mampu memujuk dan menyuruhku bersabar. Sebenarnya, dalam masa yang sama aku turut merindukan ibu kerana sudah lama tidak bersua muka. Mahu sahaja pulang dan terus mendakap ibu lebih-lebih lagi apabila mengetahui ibu ada masalah. Oleh sebab itu. Aku tekad mahu belajar bersungguh-sungguh. Aku mahu mengubat luka ibu dan aku mahu menggembirakannya buat kali keduanya dengan mencuba untuk mendapat keputusan yang sangat baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang akan aku duduki tidak lama lagi. Hal ini kerana ibu mahu aku masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan aku akan usahakannya demi ibu.

                     Ibu.. siapakah yang boleh hidup tanpanya? Jika soalan ini ditanyakan kepadaku, pasti jawapannya aku tidak mampu sama sekali. Perit, pedih, sedih, takut, sunyi dan sakit itulah gambaran yang boleh aku berikan dan sudah semestinya aku takut untuk menunggu dan melalui saat itu. Aku lebih rela pergi dahulu sebelum ibu kerana tidak rela untuk meniti hari-hari terakhirnya. Hal ini kerana aku hanya sayang dia dan hanya dia bonda yang aku ada di dunia yang fana ini. Oleh itu, aku bertekad untuk menjaga dan membalas budi baiknya. Aku ingin menyaranya dan tinggal bersamanya beberapa tahun sebelum aku mendirikan rumah tangga. Hal ini kerana aku mahu merasai sendiri bagaimana rasa menanggung kedua-dua orang tuaku dengan hasil titik peluhku sendiri yang bermula dari mereka berdua walaupun aku tahu aku tidak akan pernah berjaya membalas jasa mereka sepanjang mereka membesarkanku daripada kecil hingga sekarang tetapi sekurang-kurangnya aku mampi membuat mereka bahagia kelak dan mengetahui bahawasanya aku amat mencintai mereka berdua khususnya ibuku yang teristimewa, Hamidah Mohd Jamil
:)

Saturday, May 26, 2012

It was most beautiful for me



I have been single for 4 months 6 days :)Alhamdulillah. Kadang-kadang kita selalu minta yang terbaik dan mahukan semuanya jadi sepertimana permintaan dan harapan kita tapi kita ta tahu sebenanya Yang Maha Esa jauh lebih tau apa yang terbaik untuk kita.
Kadang-kadang kita menangis menyalahkan takdir.. tapi sedarkah kita, kita berpijak di atas bumi siapa? Udara siapa yang kita sedut setiap masa? Oleh itu, mengapa pula Dia yang kita selalu salahkan?
Ternyata, kita berada di atas bumi Allah, bumi yang telah berikan beribu-ribu kebaikan pada kita. Banyak nikmat yang kita nikmati daripada-Nya dan banyak peluang yang kita dapat.. tapi Allah Maha Pengasih ada Allah biarka kita berhenti bernafas secara tiba tiba jika kita melanggar perintahnya? Jadi, kita jugalah yang harus mengikuti segala peraturan dunia yakni takdir-Nya.. Ibarat kita membeli sesuatu tanpa bayaran. Adakah adil?
Contohnya.. dulu aku selalu menangis kerana lelaki. Pedih, amat pedih .. tapi sekarang baru aku sedar, untuk apa semua ini? Perlukah aku mencari kebahagiaan dengan menangis?
Sedarlah, kebahagiaan akan ada untuk kita.. lebih-lebih lagi untuk berpasangan? Perlukah fikir buat masa sekarang?
Bersabarlah.. kerana Sabar itu Indah :) Kebahagiaan tak akan datang bergolek. Allah tak pernah menghina hambanya. Setiap tangisan dan kepedihan yang kita rasa, ada hikmah disebaliknyaa (: Mana tau , satu hari nanti ada doktor atau peguam mahu datang melamar? Kan jauh lebih baikkan? hihi. Percaya atau tidak? Rasailah sendiri..


Wallahua'lam
, Sesungguhnya Cinta Allah itu Kekal

Yours is mine?


On 30April2012, my friends and I went to PWTC. There was held a book fair. Seriously, it was so interesting because that was my first time visited the grand book fair :) So , as a gift, I bought a novel for my beloved friend. I bought a novel for him as that is his favourite reading materials. So, I bought Musuhku Suamiku. That is the latest novel written by Zuera Rasiddin. He said, she was the best among the best writer. With a discount I had from the book, I bought it for him :)
He was already read the novel last two weeks ago but now is my turn to finish it and I already done it just now.
As a conclusion of the story, the story was quite okay and romantic :) You should buy one guys ! :D

but there is no compulsion :) hehe kbyee!

Hi Darls :)

Assalamualaikum semua (: Finally, exam dah habis and CUTI PUN DAH BERMULA! :3
I really hope that I will achieve my target, 6 A's above but only Tawakal that I can do now :) Insya-Allah..
But cakap pasal exam, third day of test, Im doing well but masuk hari ke-4, Farah jatuh sakit ;D demam teruk juga sampai kena pegi klinik dengan warden pada malam hari sebab ta tahan sangat. Act Farah demam after giat sangat nak stayup untuk subjek LK (Lukisan Kejuruteraan). First first sakit kepala tapi at last, demam teruk sangat. Terus next killer paper, Pysics ta leh nak wat sebab malam ta leh study betul2. Nak stayup lagi, tapi kena marah (; so memang tawakal je lah. Banyak paper Farah ta leh nak wat betul betul tapi start Kimia, Im trying to be tough sebab on that day, Farah dah mula sihat balik.
Condition Farah memang teruk sampai ada kawan yang menangis tengok Farah sebab dia tak sanggup :3
Farah banyak susahkan kawan kawan. Farah banyak wat dorang risau. Ibu pun ta lupa juga. Dia always call and tanya khabar dari pagi sampai malam tapi now syukur Alhamdulillah. Everything gonna be fine :3
So doakanlah tuk result Farah kayh !

p/s To you my dear friend, Jaga kesihatan juga kayh? Jangan sampai masuk hospital lagi! Ingatlah, nanti orang tersayang especially your umi and your family akan risau :)

Kbye, Got-to-go ! <3

Saturday, May 12, 2012

Bonjour B-)


Hey guys. Sorry because lately I was too busy. So , I dont have so much time to update the post. Dont worry, Im okay :) Still in a good condition and for your information, I will sit for Midyer Exam on tomorrow, 14 May until 24 May. Then, 25 May is a beginning of second semester holiday :) So I hope you will pray for me including my friends who will sit for the same exam wether KUSTECHIANS or those who study at the other school (: Insya-Allah. May Allah bless you , guys !

Much love ,
FARAH

Friday, January 27, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Sometimes Lies Can Be Interesting



Waktu dulu-2 ingat lagi ibu suka bagitau kitorang satu family bout haiwan 'masing-masing'. Korang faham kan? hihi.
Kalau abah 1961 tahun Lembu Jantan. Ibu pula 1966 tahun Kuda. Arwah abang Firdaus tahun Harimau, Abang Farhan Azman 1991 tahun Kambing dan Faris 1996 tahun Tikus.

Tapi pelik juga kan. Tiap kali Farah tanya ibu pasal tahun Farah pula, ibu mesti diam. Haha. Aku selalu tertanya tanya jugalah, haiwan aku apa? Then one day, lepas ja Farah tanya finally ibu kata tahun 1995 ialah tahun Hamster (: Hua serius happy gila time tuu sebab hamster is among the cutest animal in this world  <3 For sure after that minat gila dengan hamster sampaai penah suruh abah belikan hamster kalau setiap kali singgah kedai haiwan tapi abah ta kasi sebab lau ta pandai jaga hamster tu boleh mati. Huh sobs :'3 tapi ta pa lahh.

But after I grow up bigger, taller, older and mature...









-.-"







Who expect that hamster can turn to PIG? :'3 heee.



 
Bila Farah dah dapat tau pasal 'rahsia' ni, Farah pegi tanya ibu balikk.

"Ibu, kenapa dulu ibu kata 1995 tu tahun hamster?"
ibu tergelakk.. "hihi. ibu nak cakap apa lagi. takkan nak kata baby pula. ibu sdaya upaya lah ta bagitau. Thats why ibu tuka pada haiwan yang lebih comel utk anak ibu nii "


Itulahkan. Kasih seorang ibu yang tak nak anak dia kecewa atau berasa pelik dan janggal masa kecik-2 dulu, sehingga sanggup tukar haiwan ini kepada haiwan itu :p

So moral of the story, sayangilah apa jua haiwan anda :P hihikk. apa lah.

Love you IBU <3



Monday, January 23, 2012

Hello Happy Smiley

Hai , Assalamualaikum guys (: Hmmff hmmmff korang mesti dah baca entry sebelum ni rite? Pelikkan sejak kebelakangan ni Farah selalu create kata-2 macam tu dan sebenarnya Farah sendiri pelik dengan diri Farah. Sekarang ni Farah suka sangat buat pantun , sajak or puisi suka suka hati. Hehe. Ingat lagi pantun yang Farah penah conteng for someone kat meja sekolah ;

"Ros merah pilihan hati,
Ros putih tanda suci,
Kalau dah sayang susah dinafi,
Akan ku simpan sampai akhir nanti "

Ngeee Farah pun ta tau kenapa. Hehe but biasanya ia akan tercipta bila suatu perasaan happy atau sedih menjelma. Then hati dan fikiran ni mulalah nak mereka ayat yang unik-2 mcm ni. Ecehhh (: tapi untuk kali ni ialah genre sedih. Hm ya, kesedihan. Ini semua sebab babak sedih hidupku baru ja berlalu. Honestly, on 20012012 my relationship with my ex boyfie was just ended and it was happend because of my request. I know, people will judge and talk anything about me as they please but I dont care even that is my request and even my fault but I do it for our goodness and I never forget to think first before making the decision. But after all the incident happend, I've decided to forget bout it. From now on, I want to let the past be away. I mean, far far away from my life. It is enough for me to remember the memories of us. I know those things were really hurt his heart but I'm so sorry dear (; That is the best way. I'm sorry and really sorry for that :3 Hmmmmm but by the way guys (: *mood changing* Saya dah ada hidup baru sekarang since Farah dah pindah Selangor balik kan. Study kat tempat baru pun so far Alhamdulillah tapi masih kena biasakan diri juga dan yang paling penting, Farah akan tetap terus mencari kebahagiaan kat sini tapi mereka yang nun jauh kat Kedah, takkan Farah lupa sbb mpa lah yang dah wat aku senyum selama ni. Kjustthat. Kbye :*


Friday, January 20, 2012




Bila subuh datang menjelma
Burung-burung terbang menghiasi hening pagi
Dan tibalah masa utk aku menerima
Segala apa yang telah terpatri oleh Illahi

KEBAHAGIAAN, harus kita cari.. bukan kita menunggu untuk dicari
Dengan hanya menunggu.. menjadikan kita seorang yang kurang cerdik.
Persis kata mutiara, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba..
Sedarlah..
Masakan bulan dapat diriba , sedangkan cahayanya sendiri sukar untuk didekati

KEKASIH, bukan kesedihan yang kita mahukan dalam sesuatu hubungan,
tetapi kebahagiaan.. seperti yang selalu kita impi..

dan kini.. semua sudah berlainan
DIKAU, tak mungkin kembali.
Itulah apa yang telah dijanji..
Mungkin silapku kerana ikut kata hati..
Tapi ini untuk mu..
Kerana air mata yang telah dialirkan bukan erti kegembiraan
Tapi tanda keperitan.. keperitan yang aku sendiri binakan (;
Maafkan aku lagi sekali untuk yang kali terakhir sebagai seorang kekasih <3


Sincerely for you.
200112

Monday, January 2, 2012

New Determination, New Hopes


Datangnya tahun baru mestilah dititipkan bersama azam yang baru kan? Azam saya tahun ni ialahhh ;


  • Wanna be a better servant of Allah than before
  • Wanna be a great daughter that always listen to their advices and care to them
  • Don't want to do something wasted or useless
  • Wanna be a better and low profile person
  • Wanna take care of my manners to everyone
  • I want to be loyal to him (:

    and last
  • I WANT TO DO MY BEST FOR MY NEW VICTIM , oh Sijil Pelajaran Malaysia!
    #Farah harap sangat sangat dapat happykan ibu && abah wat kali ni. I really hope for that (:

    Insya-Allah I'll get what I want. Amin. Wish me luck guys