Tuesday, November 29, 2011

#The best moment ever



HI SEMUA (: I've new story to tell you ..
Bismillahirrahmanirrahim..

Pada 23-27 November , satu program telah diadakan di Kuala Lumpur iaitu Karnival Kesenian Murid 1 Malaysia. Banyak Negeri yang terlibat . Antaranya Terengganu , Kedah , KL , Selangor , Pahang , Perlis , Perak , Sabah ,Sarawak , Kelantan dan mcm mcm lagii :)

Setiap Negeri bawa Seni persembahan yang pelbagai..
Contohnya , bagi negeri johor- Muzik keroncong , Negeri Sarawak-Tarian Bidayuh , Negeri Sabah-Tarian Daling-daling , Kuala Lumpur- Sape Lele dann lain2.

 Btw , bagi Farah and yang lain wakil kontigen Kedah bawa Seni Silat . Mcm-mcm brang and persiapan kami buat tapi memang kami tak sangka bila datang sana , mcm mcm tarian and persembahan yang pelik pelik lagi ada! Memang syok sangat. Kitorang rasa , lau ta pegi ta tau lah nak tau dari mana persembahan persembahan tu. Lau nak kata search kat internet , jenoh lah sebab nama nama seni tu pun kebanyakannya kami baru ja first time dengar dari program tu (;


Ni Pictures time otw to KL :D








Ni pula time malam perasmian di Pusat Kraf (: smart kan ? hehe
Perwira perwira Kedah - Diorang main alat alat muzik silat tuu

Nur Syifa at Pusat Kraf ketika majlis perasmian

Bagi persembahan perasmian diadakan pada 25 haribulan di Pusat Kraf di KL. Untuk pengetahuan anda , persembhan kat Pusat Kraf tu mmg meletup sangat sangat! rugi sape yg ta pegii . Majlis ni pula dirasmikan oleh Encik Ghaffar. Hmmm masuk paper baq hangg!
Malam tu memang terbaik tapi tugas tugas kami sebagai peserta bukan habis tang tu jaa tapi sambung lagi untuk keesokan harinya bagi Poket Show yg lokasi lokasinya telah pun dibahagikan ikut kontigen masing masing (:
Lokasi poket show ada 3 ; di BB Park & Pasar Seni yang diadakan serentak pada waktu pagi. Manakala di Lanai Seni diadakan pada waktu malamnya bersamaan 26 haribulan :)

Antara persembahan di BB Park
Antara persembahan di Pasar Seni


Antara persembahan di Lanai Seni


Sebahagian peserta yang datang amek seni tari, seni visual , seni teater and seni muzik dan kebanyakkannya datang sana membuat persembahan dalam acara acara tu

but farah and beberapa org kawan yg lain pula ditugaskan jadi MC pada persembahan2 tersebut. Seriously , mmg best :)

 Kitorang stay kat Hotel Dinasty :)


And kami telah dilayan macam putera dan puteri raja :) 5 bintang gitu ! hehe sebab kann. pegi mana mana pun , polis trafik akan eskort kitorang semua ;D eskort lebih kurang mcm nii -->


Haha. Tapi dalam kegembiraan ni juga, kami penat sangat sangat. pinggang , kaki , kepala semua jadi sakit sebab jadual mmg padat . haih. masa betul betul free pun pukul 10.30 ja iaitu waktu tidur ;D Memang teramat penat sampai balik tu farah terus demam ^^ tapi its okay for me sebab ramai kawan baru . Especially my MC's geng , Faris , adik Danial and adik Farah :) I really miss them so muchh !

Faris from Terengganu


Adik Danial form Kuala Lumpur
Adik Farah Sahira from Selangor

Kami jadi MC buat style sketsa. Kena berlakon sikit. Lain daripada kumpulan yang lain. First first memang lah asyik gelak gelak ja time latihan sebab tak pandai nak berlakon. Haha . At last , kat majlis perasmian kami buat yg terbaik (; Suka sangat sangat . Tapi malam tu ja kami wat persembahan sama sama. Untuk poket show , semua berpisah and ta tau lah , bila lagi kita nak jumpa kann? Nasib dah share number and facebook masing masing :)

For poket show , Farah ber'duet' ngn Edy ja. from kontigen Kedah juga. Time tu style juga sbb Farah nyanyi . hahaha. kelaka la bila ingat balik :P

Btw sepanjang kami kat sana memang mcm mcm kami buat selain persembahan antaranya lawatan , senam seni dan lain lain :)


Antara aktiviti kami iaitu kontigen Kedah kat sana :D

Main bowling di Mega Mall
Shopping Mopping di Mega Mall juga

Bergambar di Pameran Mangsa Peperangan

Kata kata Farah untuk mangsa peperangan :')
Paan nga tulis juga kata kata dia kat dalam kotak khas tuu
 
Lawatan seterusnya di Dataran Merdeka

And last is Menara Berkembar , KLCC
Ni pula gambar gambar kami di BB park iaitu lokasi poket show kami ! Memang ramai pelancong pelancong datang tengok kami secara lebih dekat lagi :D and mereka terhibur ! mungkin juga sbb diorang attracted pada bunyi serunai yg kuat tuu~





You know what? kereta-kereta yang singgah 'intai' kami sampai jem tauu ! haha :)

And for the last day , pada majlis penutupan , setiap kontigen dapat anugerah. Bagi kontigen Kedah , kami bawa pulang anugerah SetiaKawan :) Memang terkejut tapi alhamdulillah . hehe but anugerah khas pula , iaitu anugerah 1 Malaysia dimenangi oleh satu kontigen jaa dan nasib menyebelahi pada kontigen Sekolah Seni Johor. Memang tak dinafikan dan senang cakap memang diorang layak sangat tuk dapat sebab dorang memang terbaikk !
Congrates guys :D

Ours ;D
So , ini sisipan yang terakhir :) Farah berharap sangat sangat lepas nii leh lagi join program macam ni sebab program ni memang terbaik ! 5 bintang !! For guys yg dapat program ni tahun depan , jangan lah lepaskan peluang . Kalau tak pergi , memang korang akan rugi ! Percaya lahhh and tak silap tahun depan peserta dari luar negara akan join jugak. mesti lagi mantop !! hehe.


Sekian ~

No comments:

Post a Comment